Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, dengan Limpah kurnia_NYA kita masih lagi dapat bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang sentiasa mengharapkan keredhaan_NYA. InsyaALLAH. semoga kita dapat berusaha kearah itu..
Hari ini , jumaat , 15 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431 adalah hari yang mempunyai suatu fenomena alam yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan kita. Fenomena ini adalah gerhana matahari. Secara sainstifiknya, gerhana matahari ini berlaku ketika posisi bulan terletak di antara bumi dan matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari . Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari bumi lebih dekat dibandingkan matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer. Inilah antara info-info yang berkaitan dengan gerhana matahari.
Pada hari ini juga, saya dan rakan-rakan sekelas iaitu PAQ/ BI/ BA 2 telah mengikuti suatu program yang berkaitan dengan gerhana matahari dan turut melakukan solat gerhana telah dianjurkan oleh pihak Universiti Darul Iman Malaysia. Ini adalah antara aktiviti kelas yang kami lakukan pada awal tahun ini. Agak seronok juga apabila mengikut program ini dan rasa begitu teruja walaupun cuaca agak panas dan kami lewat tiba pada program ini disebabkan oleh masalah tertentu yang kadang-kala tidak dapat dielakkan. Tetapi bersyuku kehadrat Ilahi masih lagi diberikan kesempatan yang jarang-jarang sekali dapat didapai oleh orang lain. Lagipun hari ini hari Jumaat, jadi kami golongan muslimat menggunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di Masjid UDM.. ini suatu kesempatan yang payah untuk kami kecapi.
Semasa kami menunaikan solat Jumaat di Masjid UDM, golongan muslimat adalah minority di situ. Tetapi rasa janggal pula. Kami diberi kebebasan untuk melakukan solat zohor atau solat Jumaat. Apalagi kami pun menggunakan ruang dan peluang untuk menunaikan solat Jumaat. Rasanya ini adalah kali pertama dan tak tahu sampai kali berapa dapat menunaikan solat Jumaat ini. Dapatlah juga merasai keadaan muslimin menunaikan solat Jumaat. Semasa Khutbah Jumaat, secara jujurnya saya rasa begitu mengantuk sekali. Nak katakan sampai tersengguk-sengguk. Inilah keadaan yang sering berlaku kepada muslimin yang sering tidur semasa khutbah Jumaat. Nasib baiklah kat sini @ Terengganu hari Jumaat adalah hari cuti. jadi dapatlah mereka berehat sebelum pergi solat Jumaat. Tidak seperti negeri-negeri lain. Kadang-kadang mereka baru habis kerja terpaksa terus pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Tetapi ini adalh suatu kewajipan bagi mereka untuk menjadi insan-sinsan yang bertaqwa.
Inilah antara pengalaman yang saya dapat semasa solat Jumaat itu. Bukan setakat di situ sahaja. seusai solat Jumaat , ada terdapat sedikit ceramah sementara menunggu gerhana matahari. Tetapi kami mengadakan perjumpaan kelas untuk membincangkan sedikit perkara mengenai booth kelas kami semsa pameran yang bakal diadakan di IPG kami. Maksud yang tersirat di sini, kami malas nak dengar ceramah. Habit buruk yang perlu diubah. Huhuhu..(~_*).. selepas habis ceramah tu, barulah boleh tengok gerhana matahari. Alhamdulillah, dapat juga menyaksikan gerhana matahari dengan menggunakan cermin mata yang diberi. Suatu keajaiaban alam yang Allah berika kepada kita supaya kita berasa kagum dengan kebesaran dan kehebatan ALLAH s.w.t.
Selepas itu, kami pun menunaikan solat gerhana matahari sebanyak dua rakaat. Barulah saya tahu bagaimana rupanya solat gerhana matahari sebenarnya. Solat gerhana matahrai ini macam solat sunat 2 rakaat yang lain tetapi perbezaannya dalam solat ini mesti ada 4 kali rukuk. Alhamdulillah ilmu baru dapat, dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang akan datang.
37. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, Maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.
38. Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
39. Dan Telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (Setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua[1267].
40. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya.
[1267] Maksudnya: bulan-bulan itu pada Awal bulan, kecil berbentuk sabit, Kemudian sesudah menempati manzilah-manzilah, dia menjadi purnama, Kemudian pada manzilah terakhir kelihatan seperti tandan kering yang melengkung.
(surah Yassin 37-40)
Akhir kalam,
~terima kasih kerana sudi membaca…
~apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah.
~kagumlah dengan kehebatan Allah.. semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepada_NYA.. betapa hinanya diri kita disisi_NYA..muhasabahlah diri kita semua.
~berusahalah untuk melakukan kebaikan.
~ukhuwah bertaut Iman melaut.
~jazakallahu khairan kathira..