Thursday, December 9, 2010

EnTAH~..^_^

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Salam Ma’al Hijrah 1432.. semoga tahun baru hijrah ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika dahulu kita jauh dengan-Nya, kita dekatkan. Jika dahulu iman kita nipis, kita tebalkan. Jika dahulu kita sering melakukan dosa, kita kurangkan. Jika dahulu sedikit amal ibadah yang kita lakukan, kita perbanyakkan atau istiqomahkan. Semoga hijrah ini membawa seribu satu makna dalam kehidupan dan hidup kita. Satu transformasi menuju Ilahi. ^_^

JazakAllah, ya Allah, masih lagi beri kesempatan pada diri kami meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Semoga kami menjadi golongan yang bersyukur.


Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepada-Mu)". dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.Surah Luqman : 12

Saban hari berlalu tanpa diduga. Perginya silih berganti tanpa disedari.  Jika dulu kita menangis kepada ibu bapa kita kerana inginkan coklat, tetapi sekarang kita mampu bergembira kerana boleh membeli coklat itu sendiri. Benarlah teka-teki yang diberi oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya iaitu benda yang paling jauh dengan manusia adalah masa lalu. Ingatlah masa lalu tidak mungkin kita kecapi lagi, masa depan yang belum tentu lagi, tetapi kita masih lagi mampu untuk menyelamatkan masa sekarang. But take your time to think or muhasabah diri kita sama ada kita hargainya atau tidak  masa itu.

Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa mendengar ceramah untuk ambil lesen. Secara tidak disengajakan telah berkenalan dengan seorang akak. Berkenalan yang tidak bertanya nama. Jika dilihat dengan mata kasar mengenai akak ini seorang yang sosial tetapi begitu baik sekali kerana sudi menegur dan memberi saya dan kawan yang baru kenal gula-gula. Apabila habis ceramah pun ajak kami pergi minum. Apabila ada waktu rehat, kami borak sama-sama. Gelak sama walaupun masih tidak tahu nama. Semasa break time, akak tersebut pun beritahu dia bekerja di sebuah salon di Melaka. Tertarik juga dengan apa yang dia katakan,

 “ Akak datang sini saja je pakai tudung, akak tak pakai tudung pun sebelum ni”.

Kalau saya kata terkejut, ada juga beberapa orang perempuan yang tidak memakai tudung semasa mendengar ceramah itu. Tetapi inilah akhir zaman, ramai yang kembali ke zaman jahiliah. Saya cuma kata saya tertarik dengan kata-kata jujur yang diberikan oleh akak tersebut. Akak tersebut memang seorang yang peramah. Alangkah indahnya, jika mulut saya selalu terkunci tanpa sebab ini dapat mengeluarkan sesuatu yang berfaedah dan berkongsi dengan mereka.

 “ bila dengar ceramah ini, confirm semua perempuan cuti-cuti belaka.”

Memang dah masuk waktu solat zohor masa tu. Lagipun ceramah habis pukul 2.30 petang ,saya ajak kawan saya, tapi dia kata sempat lagi kita solat di rumah. Jadi saya pun pergi sendirian. Masih lagi baru di situ dan tidak tahu kawasan-kawasan di Institut Memandu itu. Saya pusing-pusing di kawasan itu  dan akhirnya jumpalah surau. Agak terkilan apabila melihat keadaan surau itu penuh dengan tahi cicak ( macam tak pernah orang guna dan bersihkan je). 

   Daripada situ saya berfikir adakah saya layak  digelar seorang mukmin tetapi masih lemah untuk menegur atau berkongsi sedikit ilmu yang ada. saya masih lagi kaku dan lemah untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Iman kejap naik, kejap turun kerana sikap yang selalu ambil mudah ini. Kenapa lemahnya diri ini. kadang-kadang saya berfikir bila lagi kita ingin jadi kuat ini. teringat Hadis Rasulullah,

“ jika kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan. Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisan. Jika tidak mampu, bencilah dengan hati. Kerana benci dengan hati selemah-lemah iman.”

Sampai bila kita nak duduk ditakuk benci dalam  hati tanpa menegur dan juga mengajak. Walaupun ada cara begitu sesuai dan efektif pun, bila kekuatan itu tidak timbul, jadi kita masih lagi tidak mampu untuk menegur dengan lisan apatah lagi dengan tangan.  Sekadar renungan bersama.

Adakah kita ingin menjadi golongan yang soleh dan menyolehkan?(soleh dan musleh). Jadi persiapkan diri dengan iman yang kukuh, ilmu yang sentiasa diamalkan.insyaALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita..jazakALLAH.




p/s: hanya repekan semata-mata di waktu cuti ini~..hehehe

3 perkongsian:

amirah abdollah said...

merepek2 pun still ade pengisian~bgus asiah...rjin tulis blog..
eh,amik lesen kt ne?

asiah said...

owh tidak..sebenarnya xidea la nak tulis..heheheh...

amik kat jempol dekat ngan umah..heheheh..

mira bile nak update blog ni~..heheh

asiah

dyana shaifulhaq said...

salam. lame tk dtg sini. hee.
maafla bz, sgt dgn urusan keduniaan.
hmm.

tertarik dgn 1 point kat ats tu,
sampai bile kite mahu berade di takuk lame membenci bukan menegur dgn kaseh syg kan.
kite lupe mungkin, hidup adalah untuk memberi.
bukan shj dgn harte, malah dgn senyuman juge. nasihat, kata-kate yg baik. insyaAllah.

mmg payah nak buat. tp, at least try.
ya Allah, semoga akhlak kami kaya dgn sifat mahmudah yang Kau kurniakan pada junjungan mulia kekasihMu, Nabi Muhammad s.a.w
ameen.

sampai jumpa di KT sabtu pagi yer. insyaAllah.
salam....~