Assalamualaikum w.b.t.
Astaghfirullah , Astaghfirullah, Astaghfirullah.
Alhamdulillah, JazakALLAH, Hamdanillah,segala-gala kerana-Mu, Ya ALLAH. Engkau begitu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selautan kesyukuran atas segala nikmat-Nya. Sekudus doa dipanjatkan kepada-Nya, semoga diri ini mampu lagi bermusafir, mencari, berjalan, menikmati keindahan alam di bumi yang barakah ini. Semoga Engkau memberi umur yang berpanjangan untuk ku melangkah ke arah yang lebih baik dan berbakti buat agama-Mu. Inilah jalan yang kupilih. Inilah langkah yang ingin kuteruskan. Inilah perjalanan yang aku tempuhi dan bakal kutempuhi jua. Jalan-jalan yang berliku, beronak duri, berpasir, berbatu, berlumpur dan juga berkaca. Walaupun kaki yang melangkah ini berdarah menempuh jalan yang berkaca ini, moga-moga aku tidak berpatah balik tetapi teruskan langkahan dengan lebih mantap lagi dalam dunia penuh ranjau ini. Bangkitlah kembali. Renungkanlah kembali, selamilah kembali, hayati, dan fahamilah kenapa kita masih di sini. Adakah hadaf itu telah terlaksana, tercapai segala impian yang diidamkan. Ingatlah kita hanya mampu tadbir , tetapi ALLAH yang memberi takdir itu. Percayalah kita datang daripada-Nya, kembalinya kita kepada-Nya.
Jika anda rasa anda yang paling tinggi dugaan yang menimpa, tetapi fikirlah betapa hebatnya tentangan para musyrikin yang menentang Rasulullah s.a.w. Rasulullah tetap sabar walaupun dicerca, difitnah oleh golongan musyrikin. Tiada kemarahan yang diberi, hanya kebaikan yang dibalasi. Baginda sering berdoa dan memaafkan segala kesilapan yang mereka lakukan ke atas diri baginda. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Baginda tetapi jadikanlah Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah dalam meneruskan kehidupan di dunia yang berwarna-warni dugaan dan cabaran ini. Semoga anda semua dan saya menjadikan cabaran itu sebagai titik untuk menguji kekuatan yang pada jalan dipilih. Inilah jalannya, jalan seorang guru, jalan seorang da’ie, jalan seorang murobbi. Walaupun payah, pahit seperti jadam, masin seperti garam, masam seperti cuka dan kadang-kala manis seperti madu jadi tempuhilah dengan rasa kehambaan yang menebal kepada-Nya. Semoga kehidupan yang bersaki-baki yang tidak dapat kita ketahui betapa lama kita boleh meneruskannya, jadi manfaatkan semoga ianya membawa berkat. Ameen..
Wahai muslimin dan muslimat yang dikasihi dan disayangi, bangkitlah dan sedarlah. Begitu banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, jadi usahalah jadi hamba-Nya, ummat Baginda, anak-anak yang soleh dan solehah, masyarakat yang peduli akan masalah bangsa, agama dan negara. Jika ini yang kita masih tidak mampu hargailah dan bertanggungjawablah terhadap diri sendiri dahulu, barulah kita akan sedar akan perkara-perkara yang seterusnya. Jadi, jagalah solat, tunaikanlah kefardhuan kerana-Nya. Perbaiki solat, penambahbaikan solat, fahamilah apa itu solat, hayatilah solat kita.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. Surah Al-‘Ankabut : 45)
InsyaALLAH segala-galanya akan baik jika kita jaga hubungan dengan Allah, insyaALLAH hubungan kita sesama manusia akan terjaga. JazakALLAH..

6 perkongsian:
ayuh kita bersihkan hati~
terima kasih atas post yg bmnfaat!
bile nk jmpe ni??
mira, maaf yerk~....
insyaALLAH ade rezki kite jmpe nnt~...nantikan mira cuti lama arn~...
baik la asiah ~ heeee...
cmne sem ni?ok x blja?
hehehhe~..baru je masuk degree~..okla... lagipun belajar cmne nak mengajar@pedagogi....hehehee...
nanti nak jmpe contct2 k~..hehehe..cam rindula sama kamu~,..heheheh
menarik :) syabas. keep it up
jazakALLAH.. segala-galanya daripda-NYA..
Post a Comment