Assalamualaikum wbt..
Seinfiniti kesyukuran dikurniakan hanyalah kepada-Nya. Alhamdulillah masih lagi dapat melangkah dalam menuju mardhatillah.. semoga dipermudahkan dan diberkati jalan ini. Ya, ALLAH ampunkan dosa kami. Ya, ALLAH, ampunkan dosa kami. Ampunkan dosa kami. Semoga hari ini adalah hari yang terbaik buat kita semua dan esok lebih baik daripada hari ini..ameen..
19/01/2010… satu tarikh yang terdapat peristiwa yang sememangnya begitu bermakna buat saya. Satu peristiwa gembira dan satu peristiwa duka tetapi mampu memberi semangat. Kedua-duanya datang daripada ALLAH yang mengurniakan untuk saya belajar daripada dua peristiwa ini. Semoga langkahan yang telah terbina ini menjadi lebih kuat dan mantap lagi..insyaALLAH..
Peristiwa yang saya anggap gembira pada hari ini ialah hari lahir sahabat saya yang amat saya rindui dan kasihi, Nur Natasha Emieylia binti Kamaruzzaman. Semoga dirimu sentiasa berada di bawah rahmat-NYa. Semoga kuat sentiasa untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Maaf atas kesilapan dan kesalahan yang pernah saya lakukan kepada dirimu sepanjang kita menjalinkan hubungan kasih sayang atas kalimah LAILAHAILLALLAH.
Seterusnya, peristiwa yang sangat menghayati hati saya hari ini ialah majlis persaraan Ustaz Syed Hassan bin Tuan Temerang dan Encik Rashid bin Ibrahim. Fokus saya kepada pensyarah yang pernah mengajar saya iaitu ustaz Syed Hassan. Sememang ustaz Syed Hassan seorang yang sangat baik. Terlalu baik, dan sangat-sangat baik seperti nama beliau Hassan. Nama menggambarkan orangnya. Akhlak yang sangat terpuji. Beliau memang seorang yang amat zuhud, tidak tahu marah dan tidak pandai menolak serta tidak pernah berkata tidak.
Hari ini saya baru tahu mengenai Ustaz syed ini pernah belajar di university of Salford , United Kingdom. Ustaz syed tinggal di England selama 7 tahun. Beliau juga pernah berkawan dengan Yusuf Islam@Cat Steven. Hebat sangat. Seorang yang perwatakan zuhud dengan cara percakapan dan cara pemakaian sememangnya tidak sangka ustaz pernah belajar di sana. Kami sayang ustaz. Semoga ustaz sihat-sihat selalu.
Entry di blog Ustaz Ismail yang bertajuk Itulah Sayed sememangnya meruntunkan hati setiap yang membacanya. Inilah contoh teladan yang perlui kita contohi. Perwatakan seperti Ustaz syed amat payah dicari. Seperti bait-bait lagu P.Ramlee. ‘ sukar dicari ganti’.. mungkin satu dalam seribu. Hati kami bertambah sedih dan sayu apabila melihat seorang Ustaz yang selama ini gembira dan senyum sokmo, tidak mampu meneruskan ucapan kerana sedih untuk meninggalkan bidang pendidikan ini. Mungkin terkenang dugaan dan cabaran yang begitu getir yang telah beliau hadapi. ingat lagi kata-kata akhir beliau dalam ucapannya iaitu :
" selagi mana kita dijalan ALLAH, ALLAH akan sentiasa merahmati kita"
Alhamdulillah, banyak benda yang saya belajar daripada Ustaz Syed. Semoga dirimu sentiasa berada dalam kasih sayang ALLAH. terima kasih atas segala nasihat dan ilmu yang diberi. JazakALLAH..

3 perkongsian:
Subhanallah.. begitu banyak pengorbanan yg dilakukan oleh ustaz Syed...
Ana yg dok depan meja dia setiap kali ustaz mengajar.. banyak ilmu yg diperoleh dari sekujur badan yg begitu baik...
Ustaz akan sentiasa dalam kenangan dan memori kita..
dri amat mengagumi ustaz syed...ya Allah sungguh mulia hati ustaz...kami bangga mnjadi anak murid ustaz...
jasamu, ustaz akan sntiasa dikenang dan hanya Allah yg mmpu membalasnya..
semoga ustaz sntiasa berada dlm keadaan sihat sntiasa...amin..
USTAZ SYED yang terbaik..^_^..
Post a Comment