Thursday, February 24, 2011

Ya, RASULULLAH~

ASsalamualaikum wbt...salam maulidur Rasul < agak lmbt nak ucap, bukan hanya hari maulidur Rasul kita ingat pada bagindA, moga2 tiap2 hari kita selalu teringat akan RASULULLAH..>

Kemenangan bukan sesuatu yang senang,
Begitu juga dengan kejayaan,
Tetapi INGATLAH,
KEGIGIHAN formula kejayaan dalam kemenangan,
Seperti GIGIHNYA Rasulullah memacu dakwah Islam,
GIGIHNYA BERUSAHA tanpa letih mengeluh,
Hebat menghadapi cabaran menimpa,
Tanpa diiringi rintihan kesedihan,
Tetapi kegigihan yang menguatkan.

Bagaimana? Kenapa? Mengapa engkau masih lagi mengeluh dengan ujian? Kenangilah kembali sirah yang memberi ibrah. Ikon yang membawa hasanah kepada dirimu tanpa sebarang ganjaran dipinta serta juga pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Tetapi di manakah anda? Di manakahn letaknya hati-hati suci anda? Ingatkah lagi anda kepada JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH s.a.w? Beristighfarlah…Beristighfarlah… Beristighfarlah… renungilah kembali setinggi mana cinta kita buat Rasulullah.

YA, RASULULLAH s.a.w. ku merindui, kuingin berjumpa denganmu, kuingin kongsikan sesuatu denganmu, kurindu pada kasih sayangmu, kumakin rindu mendengar nasihat dan kata semangat darimu.. YA, ALLAH.. suburkanlah benih-benih kecintaanku buat-MU dan kekasih-MU, Rasulullah….. semoga benih-benih kecintaan ini makin subur menjadi pokok kekuatan yang utuh walaupun dilanda ombak dan banjir dasyat..-kurindu padamu RAsuLuLLAH-

Langkahan menuju syurga-Mu memang payah... ~inilah matlamat buat kehidupan. Semata-mata redha-Mu.. walaupun aku tersungkur, aku perlu bangkit kerana RAsuluLLAH kuat.. adakala kukata diriku sibuk, Rasulullah lebih berlipat kali ganda sibuknya.. Tidurnya masih lagi berfikir tentang ummah. YA, RAsulullah. Aku semakin, semakin, semakin, semakin merinduimu.
~Salam rindu buatmu, Rasulullah..


SALAM MAULIDUR RASUL..INGATLAH ALLAH DAN RASULULLAH DALAM SETIAP TINDAKANMU..



p/s: sahabat-sahabat IPG KDRI dijemput datang ke BOOTH kami BLOK ABAS pada 28 FEBRUARI 2011 di hadapan DUO... terdapat aktiviti menarik.. jom datang ramai-ramai bagi memeriahkan lagi...


2 perkongsian:

~Dr.CiNta~ said...

Semaikan cinta & rindu2an kepada kekasih Allah ini~ sering berselawat kepadanya tanda cinta kita; jgn sisihkan cinta ini & jgn mencari cinta yang tak pasti~ =)


Rasulullah merupakn ikon utama kita and kita sepatutnya mencontohi Baginda dalam serba serbi...


eh curi abang serban dokter ke? =____='

asiah said...

InsyaALLAH...

Semoga kita menjadi UMMATNYA yang sentiasa meneruskan perjuangn BAGINDA di muka bumi ini... THE BEST QUDWAH HASANAH...^_^..jazakALLAH..