Wednesday, March 16, 2011

Muhasabah yang sekian kalinya~..



Wahai anak,
Yang amat kusayangi, kukasihi, kucintai,
Ibu hanya mahu menegur kesalahanmu,
Bukan ingin membanding beza dengan sesiapa,
Moga-moga anakku mengerti,
Ibumu sangat-sangat menyayangi dirimu,
Kenapa engkau marah,
Kenapa engkau panas baran,
Masih tidak cukupkah kasih sayang ibumu telah berikan,
Kadang-kadang ibumu terkilan dengan tingkah lakumu,
Ibu senyap,
Kadang-kadang ibu tak mampu,
Maafkan ibumu, wahai anakku.

Wahai anakku,
Ibumu sayang sangat,
Mengapa anakku masih tidak mengerti,
Kerasnya hatimu,
Lembutkanlah kembali hatimu itu,
Ibumu sangat memerlukan dirimu,
Ibu sangat sayang dirimu,
Apa yang ibu buat ini semata-mata buatmu, anakku.
Demi kebahagian dirimu,
Kesenangan dirimu.
Ibu tak harap apa-apa,
Ibumu mahu doa dan anak yang soleh dan solehah,
Buat bekalan di SANA kelak,
Maafkan ibu,
Bukan ibu sengaja,
Tetapi terpaksa demi anakku,
Maafkan ibu anakku.

Wahai ibuku,
Yang amat kukasihi, kusayangi,
Anakmu ini banyak menyusahkan dirimu,
Kadang-kadang anakmu tak mampu meluahkan apa yang tersirat di dalam hati ini,
Anakmu juga masih tak mengerti emosi yang bermain di benak ini,
Anakmu ingin memohon seribu kemaafan,
Atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa kepada ibu,
Walaupun banyak kali anakmu menyakiti hatimu,
Dirimu tetap sabar, kuat sangat,
Maafkan anakmu ini.

Wahai ibuku,
Anakmu sangat menyayangi dirimu,
Tetapi anakmu terpaksa,
Anakmu tak kuat hadapi dugaan,
Allah dah beri anakmu kelebihan,
Belajar ilmu-Nya,
Tapi anakmu tetap lemah,
Malas berusaha dan segala-galanya,
Anakmu faham dirimu mahu sesuatu dari diriku ini,
Kadang-kadang anakmu tak mampu,
Wahai ibu,
Maafkan diriku.

Wahai ibuku,
Anakmu akan berusaha menjadi anak yang solehah buat dirimu,
Maafkan diriku,
Doakanlah yang terbaik buat diri ku,
Anakmu sayang sangat dirimu,
Wahai ibuku.

~Sekadar luahan hati seorang ibu dan juga anaknya~…

Akhir kalam jadilah anak dan ibu yang terbaik dalam keluarga.. maaf atas kesilapan dan kekasaran bahasa. Sekadar cetusan idea dan luahan hati yang merindui segala-galanya.



..::Mood : Muhasabah diri sebagai seorang anak::..

0 perkongsian: