Saturday, March 19, 2011

Munajatku kepada-MU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah… seinfiniti kesyukuran hanya buat-Nya.. semoga diri ini dan anda semua masih lagi diberi kesempatan, ruang, dan peluang mentadabbur alam yang serba indah ini dalam proses mengislah diri ke arah lebih baik… insyaALLAH… semoga Allah permudahkan.. ikhlas niat semata-mata kerana-Nya.. semata-mata kerana-Nya… semata-mata kerana-Nya ( intonasi macam prof Kamil Ibrahim)…

Adakah cuti anda bermakna? (Tepuk dada tanya iman)
*******************

Ya, Allah permudahkanlah perjalanan hamba-hamba-Mu ini ketika menuntut ilmu-Mu..Berikanlah kami kekuatan menghadapi cabaran dan dugaan dalam menimba ilmu-Mu..


Ya, Allah, jadikanlah kami hamba-hamba yang pemurah dalam berkongsi ilmu-ilmu-MU.. Ya, Allah, bantulah kami dalam mengamalkan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.. Ya, Allah berilah sifat ikhlas, tawadhu’ dan sentiasa dahagakan ilmu semasa kami mempelajari ilmu-Mu ini. Ya, Allah, janganlah jadikan kami sombong dalam mencari ilmu-Mu. Jadikanlah kami hamba-hamba yang rajin mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat di muka bumi ini.


Ya, permudahkanlah segala-galanya, permudahkanlah segala-galanya, permudahkanlah segala-galanya.. walaupun kepayahan itu kadang kala melemahkan kami, TAPI kami tahu itulah yang terbaik buat kami.


Ya, Allah… berikanlah kami kekuatan, ya Allah.. Berikanlah kami kekuatan, ya Allah… Berikanlah kami kekuatan, ya ALLAH.


Ya, Allah.. bantulah hamba-Mu ini masih lagi terawang-awang, terapung-apung, berenang-renang, berlari-lari di muka bumi-Mu dalam menjadi hamba-Mu yang bertaqwa.. Ya, Allah… Bantulah hamba-Mu ini…bantulah hamba-hambaMu ini.. bantulah Hamba-hamba-Mu ini.. semoga kita sentiasa istiqomah dalam amalan mahmudah yang telah kita laksanakan..


ISTIQOMAH…ISTIQOMAH…ISTIQOMAH…


Ya, Allah.. diri ini makin jauh dari diri-MU.. Aku makin merindui-Mu.. Aku sangat merindui diri-Mu.. Aku makin merindui berkongsi suka duka dengan diri-Mu.. Aku makin LALAI…ALPA…SOMBONG…CUAI…LUPA… dalam melaksanakan perintah-Mu.. Ya, Allah, ampunkanlah diriku ini…ampunkanlah diriku ini.. ampunkanlah diriku ini..


..::MOOD : Motivasi diri yang berada dalam kelalaian::..

Sekadar selingan sambil menyiapkan assignment yang entah bila nak siap~.. semoga ‘rajin’ + ‘ aktif’ + ‘kreatif’ + ‘sifat mahmudah’ menjelma kembali menemani ketika membuat assignment..^_^


PBS menanti : SK BANDAR BARU SERTING (21 MAC- 25 MAC 2011)





3 perkongsian:

FaDie said...

Assalamualaikum.. moga kita sama-sama bermuhasabah dan istiqamah dalam jalan ini... walaupun sukar.. sama-sama kita renangi dan tempuhi dengan tabah...

~selamat berasignment...

KiNDerLYly said...

assalammualaikum..rindu dengan asiah, lame dah tak dengar dan bace semue ni..teringat dolu2 mase kejap2 ilang g buat risalah jumaat..

asiah said...

wa'alaikumusalam...

jazakALLAH, sahabat-sahabat...

Farah : insyaALLAH..doakan kekuatan kita bersama menelusuri jalan dakwah yang sememangnya menguji kekuatan kita~..^_^..semoga kita sama2 kuat...

Lily : kite RINDU SANGAT-SANGAT kat Lily... urm, memang pun... kadang-kadang rasa nak balik kat zaman sekolah dulu-dulu~... the best memories~ terbaiklah RISALAH JUMAAT~..^_^.. semoga kuat-kuat selalu memghadapi kehidupan yang mendatang...^_^...