Friday, April 8, 2011

Ceritera Memori~..^_^

Assalamualaikum semua... semoga sihat-sihat selalu...
semoga iman dan amal sentiasa kukuh utuh sentiasa..
mata letih mengadap laptop~ buat assignment yang entah bila nak siap..

"Berperang bersama assignment"

Apabila sibuk menjengah, bdan rasa tidak mahu, tetapi hati perlu,
kasihan,
hati kering-kontang,
kadang-kadang kosong terus,
MENGAPA,
sebab anda tidak cakna,
tidak prihatin akan hati-hati anda,
kasihannya,
mata kuyu tetapi mesti teruskan,
hati kering perlu dibasahi,
Inilah kesibukan membaluti kehidupan,
manusia yang bergelar 'Mahasiswa'.

jadi dalam kesibukan, sirami dengan air wudhu',
munajat sepertiga malam,
basahi lidah dengan zikrullah,
berikan tazkirah kepada hati,
semaikan kasih sayang pada tubuh badan,
DAN INGAT,
tiada keluhan yang mengiringi
dalam kesibukan ini.
kerana inilah UJIAN buat kita,
kuat atau lemah,
bangun atau jatuh,
teruskan atau mengalah,
bermuhasabah atau mengeluh.

semoga kesibukan yang sedikit ini membawa kita kepada-NYA.. ingatlah kesibukan Rasulullah s.a.w. lagi hebat berbanding diri kita kerdil ini....

Rindunya nak ber'pbs'...
(tetiba)

Sekolah lamaku : Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting


Rindunya kat kamu semua


semasa perhimpunan pagi ~hari Jumaat~

siram pokok~...^_^
mereka tengah berkebun~ ^_^

Kelas PPKI~ lukis2~..^_~
bila kesibukan melanda, diri ini sering teringat pada mereka-mereka ini.. sangat menghiburkan terutama KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRITI (PPKI).. sangat-sangat merindui mereka semua..

Matlamat dalam pengajian: Ingin jadi guru kaunseling dan PPKI (pemulihan + pendidikan khas).

Sekadar menghilangkan rasa bosan semasa membuat assigment.. sememang rasa m**** menguasai diri yang kerdil untuk bertinta dengan lebih ilmiah.. doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat~

0 perkongsian: