Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Alhamdulillah, segala kesyukuran hanyalah buat-Nya yang Maha Menjadikan sesuatu. Alhamdulillah. Kini langkahan makin maju ke hadapan, diri ini sudah memasuki usia 20-an pada 22 Mei lalu. Dan hari ini, diri ini sudah habis menghadapi final exam dalam semester ini. Semester 1 telah berakhir. Alhamdulillah. Memang sangat cepat masa berlalu, selang 3 minggu lagi, kami akan jadi pelajar semester 2, dan lebih mencabar lagi. Owh, dugaan.. Hidup yang hanya seketika, dugaan datang menyinarinya. Inilah kehidupan duniawi. Seterusnya, ingat diri kita sebagai hamba dan selamat membaca seterusnya~(^_~)
Golongan bekerja VS golongan belajar
Saya melihat suasana sekeliling. Golongan yang bekerja dan golongan yang masih belajar atau golongan dulu dan golongan masa kini. Golongan belajar ingin menjadi golongan yang sudah bekerja. Begitulah sebaliknya. Golongan belajar melihat mereka sentiasa keseronokan bekerja, berumah tangga, awal bulan dapat gaji, ada kereta dan macam-macam nikmat dunia yang diperolehi. Begitulah jugalah golongan yang bekerja melihat golongan yang masih belajar. Terimbau memoir lama semasa belajar di sekolah, universiti . Mungkin dulu mereka adalah best student, dan mungkin juga mereka dulu insan yang kurang bernasib baik. Tetapi inilah mereka sekarang.
Terfikir di benak seorang pelajar, “ Bestnya jadi mereka dah ada kerja, tak perlu nak susah-susah nak belajar.”
Seorang pensyarah yang menjaga peperiksaan melihat anak didiknya yang tengah jawab periksa, mungkin mereka turut terlintas di fikiran mereka “Alangkah seronoknya kalau aku dapat pusing ke zaman belajar dulu-dulu.”
Melihat kepada kedua-dua situasi yang berbeza ini, kita dapat menilai sesuatu iaitu SIKAP. Dunianya ingin mudah-mudah sahaja tiada kesusahan. Ini kondisi yang sentiasa diingini leh golongan pelajar. Ingin kejayaan, tetapi begitu malas untuk berusaha seperti menyimpan angan-angan Mat Jenin. Angan-angan begitu gah tinggi melangit, tetapi usahanya tiada. Inilah dinamakan SIKAP golongan yang bergelar pelajar sekarang walaupun hanya sesetengahnya sahaja. Mungkin ini andaian saya yang memandai-mandai, tetapi SIKAP inilah yang ada dalam diri saya. Kesedaran selalu datang, tetapi SIKAP ini jugalah mengaburi segala peluang yang ada.
Kondisi kedua, keadaan golongan bekerja yang turut juga memberi ruang lingkup untuk dihayati. Mungkin mereka juga turut merasai kesusahan yang ada pada masa sekarang, ingin kembali ke dunia belajar. Di sinilah kejayaan tercipta, tetapi masih tiada tugasan yang mencabar untuk dilaksanakan dan hanyalah sebagai anak dan juga pelajar. Sekarang, dengan adanya tanggungjawab sebagai ibubapa, suami, isteri, terikat dengan pekerjaan dan pelbagai lagi, menjadikan mereka ingin pulang ke masa lalu. Mungkin ini andaian yang memandai-mandai daripada saya, tapi inilah jugalah berkaitan dengan SIKAP. SIKAP individu yang menjadikan mereka lemah dan kadang-kadang putus asa untuk teruskan kehidupan yang penuh cabaran itu.
Teringat satu kata-kata yang membawa makna iaitu masa dulu adalah suatu masa yang tidak dapat di selamatkan, masa depan suatu perkara yang belum pasti, tetapi selamatkan masa kini. Inilah sepatutnya kita laksanakan dan lakukan. Bukan keluhan, dan bukan juga kebanggaan. Tetapi hanyalah kesederhanaan kita untuk hadapi segala-galanya yang sememangnya mampu bawa erti kehidupan yang lebih bermakna.
Hayati tanggungjawab yang dimandatkan oleh ALLAH
Peringatan buat diri yang masih lagi alpa dan leka dalam kehidupan ini. Masih lagi tidak fahami dan hayati makna seorang abid dan khalifah di muka bumi ini. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 30 :
Seterusnya dalam Surah Ad-Dzariyat : 56 yang menerangkan mengenai tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.
Dua ayat-ayat Al-Qur’an memang telah menerangkan 2 tanggungjawab utama kita di muka bumi ini. Peringatan yang sering kita dengar semasa kuliah, ceramah dan kadang-kadang kita juga sebagai naqibah sering menggunakan dalil ini untuk beri peringatan tentang tugas kita di muka bumi ini. Saya sedari, golongan akhir zaman ini pelbagai dugaan datang menerjah yang sering menganggu gugat keimanan. Punca utama ialah IMAN kita. Perlakuan yang didasari dengan keimanan, mampu merencanakan kehidupan lebih baik. Begitulah dengan dalam perhubungan atau persahabatan perlulah didasari dengan keimanan, mampu merasai keindahan berukhuwah itu. Inilah SOLUSI dalam segala masalah yang perlu sedari.
Jadi, hayatilah tanggungjawab kita di dunia ini dalam memacu kehidupan menuju SYURGA HAKIKI.
p/s : Malam nie balik kampung kat N. Sembilan bersama 3 orang sahabat-sahabat lain. Banyak agenda-agenda lain nak dilaksanakan masa cuti ini.
28 Mei 2011 : Seminar Al-Fateh di UIA, Gombak
29 Mei 2011 : Pergi kenduri Kahwin akak adibah~…seterusnya, masih dalam perancangan lagi~
Sekitar di Jamuan Akhir Semester Pantai Belakang UMT~(^_~)
Sekitar di Jamuan Akhir Semester Pantai Belakang UMT~(^_~)



0 perkongsian:
Post a Comment