Sunday, May 8, 2011

~ Kehidupan Hari Ini~

Bismillahirrohmanirrohim~
Assalamualaikum~...

             Selamat hari lahir kepada sahabat saya anis syafiqah pada hari ini 8/05, semoga dipanjangkan umur dan diperluaskan rezeki~..insyaALLAH... ukhuwah fillah abadan abada~... rindu sangat kat anis~...^_^...semoga amalan yang baik dengan diri kita seperti isi dan kuku tetapi sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. UPDATE AMALAN~... sahabat-sahabat yang dhormati dan dikasihi, renung dan muhasabahlah diri.

Hari ini,
aku mampu bertahan,
masih lagi berdiri di bumi-Nya,
Mengenali Ilahi, menginsafi diri,
dalam pengislahan diri hamba-Nya,
yang sering alpa dan lalai.

Wahai insan,
Ingin jadi pedang yang tajam,
dipukul, diketuk, dipanaskan,
hasilnya pedang tajam yang bersinar-sinar,
ah, rumitnya,
begitulah dengan insan,
insan sebenar-benarnya beriman,
walaupun payah, hasilnya manis,
itulah dikatakan lumrah.

Wahai insan yang alpa,
Orang yang benar-benar beriman, mereka itulah yang berjaya,
renungan yang membawa nilai,
Nilai kehidupan insan yang beriman,
kualiti hubungan dikuasai,
cinta ALLAH diutamai.

Wahai insan duniawi,
Dunia penjara buat muslim,
Syurga bagi orang kafir,
tetapi engkau,
Dunia umpama burung bebas terbang,
buat tanpa syariat,
hidup semakin merempat-rempat,
keringnya tanpa berkat.

Kembalilah wahai insan,
Pulang kepada kebenaran,
Hidup lebih terarah sinarnya,
semata-mata redha-Nya,
Kehidupan lebih sa'adah,
menuju syurganya


Aku berfikir,
bagaimana dengan kehidupanku,
amalanku, akhlakku, ilmuku,
mampukah membawa ke JANNAH,
mampu meraih redha-Nya...

~Ya, Allah...ampunilah dosa hamba-Mu ni~

*******************************************************************

Sekitar Program di Tasik Kenyir (1-2 April 2011)

PAI 2~ semoga ALLAH merahmati ukhuwah kita~


Tasikh Kenyir~ ^_^
Bot Kami~^_^

Kami berukhuwah sampai ke SYURGA.~InsyaALLAH

SubhanALLAH~ ^_^


Gua Bewah

Kami lagi

Umpama kehidupan : payah dan curam untuk menuruni

Masih merindui saat kita bersama~..^_^

3 perkongsian:

~aNisYa~ said...

terima kasih asiah..
ukhwah fillah abadan abada..
rinduunyee dekat asiah...
semoga ukhwah kite berkekalan...
sayang asiah selalu :)

Huffatul Jannah said...

SubhanAllah..

hebat kata2 kamu itu..
terasa kerdil diri ni..

Moga Allah pilih kita untuk IKHLAS & ISTIQAMAH di atas jalan-NYA..

astaghfirullah..

asiah said...

to anisya : sama2~... insyaALLAH.. semoga ukhuwah yang bertaut mendapat redha-NYA~..ameen2~.

to Huffatul Jannah : InsyaALLAH, semoga ALLAH menguatkan lagi kaki-kai kita untuk terus melangkah di jalan-NYA~..ameen