Assalamualaikum wbt…~
Alhamdulillah segala puji+syukur hanyalah buat-Nya yang menjadikan manusia hamba+khalifah di muka bumi ini. Semoga kite tahu, mahu dan mampu untuk melaksanakannya dengan sebaiknya.
Setelah habis semester 1, cuti semester pun sudah berakhir, Kembali ke IPG yang masih dalam mood cuti walaupun sudah seminggu meneruskan kuliah bagi semester baru ini. Semester baru, jiwa baru, azam baru, blok baru, bilik baru, roommate baru dan macam-macam lagi baru. Cuba selesakan diri dengan suasana baru.
Belajar sesuatu daripada suasana baru
Mungkin kadang-kadang tertanya-tanya kenapa pindah blok dan bilik baru. Letih sangat bila nak pindah blok baru. Angkat pelbagai barang-barang, baju, buku, printer dan macam-macam lagi. Terasa berat sangat. Lepas angkat barang kena kemas bilik pula. Agak penat badan jugak. Alhamdulillah, bilik baru sudah kelihatan seperti bilik lama. Walaupun tidaklah kemas sangat tetapi boleh kira tersusun sikit barang. Banyak benda saya belajar daripada ini. Ingin sesuatu, bukan senang. Perlu usaha lebih.
Permulaan di tempat yang baru, mungkin kita rasa susah sesuai dahulu. Suasana di aras yang berbeza, unit yang berbeza, ramai junior, ade juga non-muslim dan macam-macam lagi. Semuanya mengajar saya sesuatu. Berkenalan dengan mereka dan semoga bermulanya ukhuwah kami di sini. Saya berfikir dan mencari sesuatu bila suasana di sini terjadi.
Perkenalan dengan adik-adik junior menjadikan aku berfikir, sudah 2 tahun menetap sebagai warga kolej kediaman di sini. Tinggal 3 tahun menanti bagi menamatkan pengajian. Ianya kelihatan satu jangka masa yang lama, tetapi perjalanan ianya mungkin sekejap tanpa disedari ditambah dengan pelbagai aktiviti+tanggungjawab dan macam-macam lagi. Persiapan ilmu masih lagi di tahap yang sama tiada perubahan. berusahalah ke arah memperbaiki diri sentiasa~..^_^
Jadi belajarlah sesuatu daripada suasana baru. Kuharap semoga suasana baru ini membawa erti yang berbeza. Mungkin ianya yang terbaik untuk ku berubah kearah yang lebih baik. InsyaALLAH. Aku ingin menjadi solehah dan juga musleh~… analoginya saya ingin menjadi seperti air mutlak..air yang suci lagi menyucikan…^_^.. semoga ALLAH mempermudahkan segala niat kita yang baik..insyaALLAH…
p/s: hanyalah sekadar coretan ringkas…~^__^…tegurlah diriku jika diri ini makin jauh dengan-NYA…
2 perkongsian:
Salam. Ya asiah..
Dayah rindu dgn asiah.
tak jumpe pun facebook asiah..
Selalu ingat kan dayah dan bimbing dayah ke jalan yang benar ye..
" Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan mendapat keberkatan dengan sempurna "
Amin Ya Rabbal alamin
Wslm, dayah...
kite pun rindu bangat dengan dayah..
Facebook kite dah delete, tp tgk la camne kalau kite nak buat kite bagitau yerk~...^___^..hu2~
Salam Ramdhan juga buat dayah~..
(tetiba rindu nak buka puasa sama2 la ngan dorm 10 yang lain kat Dewan Makan..huhuhu~..rindu bangat sih~..)
Post a Comment