Monday, August 1, 2011

Ramadhan yang dirindui

Assalamualaikum wbt...


Selamat berpuasa, selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... semoga inilah ramadhan yang terbaik yang akan kita tempuhi..insyaALLAH..

Kejahatan vs Puasa

Puasa umpama brek pada sebuah kereta. hanya kereta yang breknya baik sahaja yang dapat dikawal dengan selamat. Puasa umpama brek yang mengawal kehidupan agar tidak melanggar hukum Allah. Mentor nafsu adalah syaitan, dan bulan Ramadhan syaitan telah dirantai, tetapi kejahatan masih banyak dibuat. Mengapa? sebab proses menyempitkan saluran darah ( haighway syaitan) tidak tercapai sepenuhnya. Nafsu yang diempang siang hari mengamuk ketika berbuka dengan membazir dan gelojoh. Ini bermakna, nafsu bukan ditahan tetapi diempang seketika dan diledakkan semula semasa berbuka.

sumber : Risalah BADAM..

renungan buat kita bergelar hamba.. Tajdid niat, perbaiki amalan semoga kita makin dekat dengan-Nya. JazakALLAH~..^_^

2 perkongsian:

محمد حذوان بن حميدان said...

Moga Ramadhan kali ini membuahkan ketakwaan dalam diri kita,amin

asiah said...

InsyaALLAH~..^__^