Sunday, October 23, 2011

Stanza Kehidupan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt~..

           Kupanjatkan kesyukuran buat-Nya Maha Pemberi Nikmat.. Alhamdulillah, ya ALLAH di atas kesempatan dan nikmat yang tidak terhingga yang diberikan.. Moga kita tergolong dalam kalangan yang bersyukur…ameen..

           Masa kian berlalu meninggalkan kita. Begitu pantas tanpa toleh ke belakang.  Pastinya banyak peristiwa terukir memberi seribu pengajaran yang berguna. Moge ianya titik taqarrub billah kita kepada-Nya. Dalam menelusuri  jalan dakwah sememangnya diuji dengan pelbagai ujian yang memberi nikmat… Inginkan syurga jalannya bukan mudah bukan.. Ingin nikmat syurga, bukan calang-calang orang mendapatnya.. Moge kita tergolong dalam golongan tersebut..ameen…

         2 bulan berlalu dengan pelbagai rencana yang dirancang penentunya adalah Ilahi.. Ibrah dicari, pengalaman ditimba setiap peristiwa yang dialami dalam koreksi diri…

Hari Raya Aidilfitri
ukhuwah kekeluargaan terjalin dengan lebih erat dalam meraih cinta-Nya..Moge kita ketemu dengan Ramadhan yang dinanti..ameen..

Gembiranya mereka2

Pengalaman berasaskan Sekolah (PBS)
mengajarku erti komunikasi yang sebenar, malu bertanya sesat jalan..terlalu banyak perkara yang dipelajari, syukran SK Serting 3...berubahlah diri kerana-Nya…insyaALLAH…

SK Serting 3


BIG (Khidmat masyarakat)

 Kg. Mengabang Lekor, melestarikan pantai, menziarahi rumah orang tua+ sakit, membersihkan masjid…. Alam+manusia+masyarakat…Alhamdulillah, segala pengalaman menjadikan diri ini berfikir, adakah kita bersyukur dengan nikmat-Nya…(nak tau lebih details boleh bukak blog klas saya)

BIG- Khidmat Masyarakat

Literasi B. Melayu+ Seminar

 menghargai setiap masa yang ada, walaupun ianya masih kecil pengorbanan moge ianya menjadi titik permulaan kita untuk berkorban untuk sesuatu yang lebih besar kelak iaitu demi agama kita, Islam.. ameen… semoga pengorbanan masa+tenaga+wang yang “terkorban” menjadikan kita lebih kuat untuk mengorbankan segala-galanya demi perjuangan semata-mata keredhaan-Nya…ameen.. termasuklah jiwa dan raga~… moge ALLAH permudahkan…( nak lebih detail boleh la buka blog kelas saya- promote2 skit)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)."

(Surah As-Shaff: 11)


Booth time Pameran BM

Pertandingan Hoki
memahirkan kemahiran yang dipelajari, bukan sekadar TAHU, MAHU tetapi mestilah juga MAMPU.. selamanya ia hanya tahu sahaja, tetapi terpaksa turun ke padang untuk bermain walaupun terpaksa menunjukkan skill yang masih kurang matang. Begitulah dalam dakwah. Bila sudah ada di lapangan, baru kita sedar kemampuan kita.. Persiapkan dirimu dengan ilmu kerana itulah senjata….(yang ni pun boleh tgk kat blog kelas saya)


Hoki


Seminar BIG
Akauntabiliti dalam profesionalisma..akauntabiliti ini berkaitan dengan amanah, jujur, telus dan pelbagai lagi. Setiap guru perlu AMANAH dalam mendidik anak bangsa ini…(tiada gambar, the latest event before holidays-19/10/2011)

Ibrah :


Alhamdulillah, sememangnya setiap pengalaman bukan tiada apa-apa.Setiap apa yang terjadi mempunyai hikmah +ilmu yang tersendiri. Ini sekadar summarise daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku.. seharusnya setiap insan mencatatkan setiap peristiwa yang terjadi, kerana ianya menjadi bahan bukti dan kenangan ketika kita dewasa kelak… setiap peristiwa memberi yang ibrah yang tidak terhingga. Moge ianya menjadi salah satu saham kita di SANA kelak.. Renungan buat diri kita yang bergelar hamba, DUNIA adalah tempat kita bercucuk tanam, AKHIRAT dalah tempat untuk menuai hasilnya..Moge HASILnya begitu menguntungkan..ameen…

Wallahu'alam~...assalamualaikum wbt~

0 perkongsian: