Assalamualaikum wbt.
subhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakbar
Syukran, ya ALLAH atas segala nikmat yang diberikan~ Alhamdulillah…
Blog berubah wajah. Lebih simple dan biasa-biasa sahaja. Tetapi itu bukanlah motif dalam pengisian kali ini. Mungkin kelihatan biasa-biasa moge ianya memberi impak yang luar biasa biarpun hanya sekecil zarah.~ insyaALLAH…
Melangkah ke zaman kedewasaan
Alhamdulillah, 1433H sudah menjelma, tahun 2012 hampir menjengah masa untuk tiba. Adakah masih bergelar remaja tua atau awal usia kedewasaan. Mungkin juga. Usia 20-an banyak agenda perlu dicapai. Agenda berganda-ganda. Bukan sekadar bergandanya usia sahaja. Mungkin masa inilah kejayaan dalam pelajaran dikecapi. Segenggam ijazah di tangan, mencari pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan seterusnya. Sudah bekerja mesti ingin mempunyai aset sendiri seperti kereta, rumah dan macam-macam lagi. Bukan sekadar itu sahaja. Pada usia 20-an ini jugalah ramai yang mendirikan masjid mungkin awal, pertengahan atau akhir 20-an. Majoritinya. Banyak perkara lain lagi. Tetapi inilah sedikit impian yang ingin dikecapi bukan.. Moga Allah permudahkan. Niatkan semua perkara ini semata-mata kerana-Nya. InsyaALLAH, kekecewaan tidak akan dirasai.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-
Mengorak langkah ke alam barzakh
Inilah saban hari difikirkan. kehidupan semakin hari semakin pendek. Makin dekat untuk bertemu dengan-Nya. Allah yang lebih mengetahui. Cuma persiapan ke arah itu sudah siap? Seratus peratus persediaan? Allahuakbar. Mungkin ya mungkin tidak. Takut. Tetapi ia pasti berlaku sama ada sudah bersedia ataupun tidak. Moga pengakhiran usia kita dengan husnul khotimah, moga dijauhkan dengan su’ul khotimah. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran :185 :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(3 :185)
Bagaimana pengakhiran kehidupan kita begitulah juga keadaan kehidupan kita di dunia ini. Isilah kehidupan dengan sebaiknya. Dekatkan diri kepada Pencipta. Mencintai-Nya dengan setulus hati jiwa dan raga. Perlihatkan kehidupan yang bersyariat semata-mata kerana-Nya. Allahuakbar. Caranya mudah bukan. Tetapi kita masih terkial-kial untuk melaksanakannya. Allah dah beri jalan tunjuk yang sebaiknya, cuma kita mahu atau tidak. Moga Allah permudahkan.
Akhir kalam, setinggi mana kejayaan kita, kita tetap khalifah dan hamba kepada-Nya. Inilah tujuan kehidupan sebenar kita dalam memacu kehidupan yang lebih terarah~
![]() |
| motif? fikir-fikirkan |
Wallahu’alam

0 perkongsian:
Post a Comment