Assalamualaikum wbt~
Kecewa?
Putus asa?
Give up?
Lemah?
Punca? Solusi?
Banyak sungguh tanda soal. Baca dengan intonasi seperti bertanya. Mungkin inilah situasi yang kita alami sekarang, akan datang atau pernah lalui sebelum ini. Takut untuk hadapi atau lebih kuat untuk hadapi. Antum yang alami mesti tahu jawapannya.
Mungkin banyak pengisian atau entry di blog lain yang telah menukilkan berkaitan dengan ini. Tak salah kita mengingati kembali. Ianya lebih ditujukan kepada penulis. Muhasabah dan peringatan buat penulis. Walaupun pengisian ini simple sahaja, mungkin ada terselit manfaat mungkin sedikit, mungkin banyak, mungkin tidak, bergantung kepada kita.. InsyaALLAH, manfaat pasti diperolehi walaupun sekecil zarah~ Allahuakbar..
Kenapa kita selalu diuji?
Bertalu-talu pertanyaan ini kita fikirkan. Terlintas sedetik persoalan berkaitan dengan ini. Rasanya kita seorang sahaja ditimpa ujian sebegini. Bukan. Inilah fitrah dalam sebuah kehidupan di dunia ini, ada senang ada susah. Ada kegembiraan ada kesedihan. Warna-warni dalam kehidupan. Rencah kehidupan. Kuat atau lemah, terima atau mengalah. Mungkin kita salah satu daripadanya.
Bukan hanya kita diuji. Semua makhluk diuji dengan pelbagai dugaan dan nikmat. Cuma cara kita hadapinya sahaja yang berbeza-beza. Lihat sahaja Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. lagi hebat dugaan mereka. Cekal dan tabah apabila diuji. Hebat bukan.
Mungkin siapa kita untuk dibandingkan dengan dugaan Baginda. Iman hanya senipis kulit bawang. Rapuh dan begitu senang untuk dilenyapkan. Ini bukanlah alasan untuk lemah, tetapi sebenarnya cara salah satu cara untuk lebih tabah. Allahuakbar~
Jawapan kenapa kita diuji :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. (3)(Surah Al-Ankabut 2-3)
Ujian diberikan hanya umpama secebis kain perca kepada kita. Rengekan kesedihan hanya kedengaran. Allahuakbar~ tidak salah, tangisan yang menguatkan, tangisan yang memuhasabah diri, tangisan yang memberi erti. Tangisan taubat kepada Pencipta. Alhamdulillah, syukur, iman masih ada.~
Allah sebaik-baik Perancang
Ketentuan yang terbaik adalah daripada-Nya. Mungkin rasa itu sebagai ujian, tetapi itulah habuan yang tidak berbelah bahagi daripada Allah kepada hamba-Nya. Bersyukurlah wahai insani. Kita adalah insan-insan yang terpilih. Alhamdulillah~ sahabat, kajilah Al-Qur’an, pasti dirimu perolehi jawapan yang diingini daripada-Nya.
Firman Allah :
Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
(Al-Anfaal :30)
Nota hati : Muhasabah diri buat diri~ walaupun perkara ini sering kali diulang-ulang…~

1 perkongsian:
mabruk! perkongsian yg sgt bermakna...tidak beriman seseorang itu selagi dia belum diuji.. ujian itu tanda kasih syg Allah pd kita. Allah sedang berbicara dgn kita:)
Post a Comment