Tuesday, January 24, 2012

Hayati dengan Mata Hati~

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Assalamualaikum wbt~

Syukur, Alhamdulillah dengan segala kurnia-Nya yang diberikan.  Alhamdulillah tidak terhingga dinukilkan hanya buat-Nya. Jadikan rutin membaca doa bangun tidur setiap kali selepas bangun tidur sebagai tanda kesyukuran buat-Nya, masih ada peluang kita untuk memperbaiki kehidupan pada hari ini dan akan datang. Allah sangat-sangat menyayangi kita. Ingatlah, kehidupan di dunia hanya satu tempat persinggahan dan di akhiratlah yang kekal abadi. Ingat, renung dan buatlah sesuatu.

Setiap kehidupan manusia disulami dengan pelbagai keindahan yang berganti warna yang mencorakkannya. Inilah juga pengajaran yang memberi erti. Janganlah sesekali tewas dengan keindahan itu, takut-takut kita makin lupa dan lalai kepada Pemberi keindahan itu.  Renungan buat diri~

Sabda Rasulullah s.a.w : “ Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hayati dengan mata hati, moga ianya terkesan buat diri. Tidak salah untuk kita merasai keindahan itu, tetapi biarlah berpada-pada. Ingatlah Allah dalam setiap perkara, ketika dan masa di dunia ini. Kita diciptakan sebagai khalifah dan hamba-hamba-Nya. Tanggungjawab ini belum lagi kita lunaskan. Banyak pula yang kita inginkan. Inilah manusia…renungan buat diri~

** Perbaikilah diri, indahkan peribadi, tambahkan ilmu di sanubari, jangan sampai lupa diri…~Kita hanyalah hamba-Nya~… istighfar-istighfar-istighfar…

0 perkongsian: